SWITSMILE

Sunday, January 9, 2011

macam mana nak pilih BRA

kAJIAN telah dibuat terhadap wanita2 d seluruh dunia...80% tak tau kepentingan pakaian dalam, gaya size yang sesuai dengan payudara...

Yang paling best 9/10 wanita pilih size bra yang depa nak pakai tak betui, tak ikut kehenddak n keperluan badan n payudara dia...hehehehe

peringkat awal perkembangan tubuh wanita, payudara kecil dan tidak kelihatan. Umur sekitar 10 tahun, lapisan lemak dekat bawah epidermis tak terlalu tebal so masa mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita dan ,masa ni pertumbuhan payudara mulai matang.

macamna pun, lepas umur 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis dah sempurna n menyebabkan bentuk payudara mulai berubah dan mengendur.

pemilihan padanan coli yang sesuai saiz payudara dapat membantu memberikan ilusi tubuh lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

Adalah penting bagi wanita untuk mengenal rupa bentuk dan posisi payudara mereka sama berbentuk bulat, pendulous (jatuh) atau pun kecil atau di dalam posisi normal, jauh n dekat.

Bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara, gunakan teknik tiga segi. Jadikan titik puting dan tulang dada sebagai penanda.

Payudara normal adalah untuk ukuran sama antara tiga titik penanda, ukuran rapat jika jarak antara dua titik puting dekat manakala ukuran jauh jika titik yang sama mempunyai jarak yang lebih panjang berbanding jarak antara titik puting dan tulang dada.

Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar.


Pemakaian bra seharusnya tidak membebankan pemakai.untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan bra tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.


FAKTA:
payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan

payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

payudara posisi rapat
- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails